Kritikan The Da Vinci Code

Kes mahkamah

Dan Brown pernah dibawa ke mahkamah oleh beberapa penulis yang mendakwa dia menciplak karya mereka. Antaranya seperti pada Februari 2006, Michael Baigent and Richard Leigh, dua daripada tiga pengarang The Holy Blood and the Holy Grail. Sesetengah berpendapat bahawa itu hanyalah aksi publisiti. Dan Brown menegaskan bahawa sejarah tidak boleh diciplak maka tuduhan dua pengarang tersebut adalah palsu.

Terdapat juga beberapa lagi perbicaraan yang dimenangi Dan Brown kerana peristiwa bersejarah tidak boleh dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan sesiapapun berhak menulis tentangnya.

Tindak balas pihak Kristian

Biskop Katolik AS melancarkan laman sesawang yang menentang novel tersebut. Biskop menyatakan bahawa terdapat kesilapan dalam The Da Vinci Code.

Organisasi Kristian merancang untuk bertemu dengan penonton filem dengan bantahan dan doa di luar panggung di seluruh AS. Selepas mengumpul lebih daripada 60,000 tanda tangan dalam bantahan, organisasi Katolik merancang untuk mengadakan bantahan bagi seribu panggung dengan puluhan ribu pembantah. Pembantah juga mendapat galakan daripada pihak Vatikan yang menyatakan filem tersebut mengandungi "fitnah, menyinggung perasaan dan kesalahan".

Tidak semua kumpulan Kristian bertindak sebegitu. Selain merancang boikot dan bantahan, banyak penganut Kristian melihat filem tersebut sebagai alat evangelisme.